Latar Belakang
Institut Kemahiran Belia Negara Pontian (IKBN) atau dikenali dengan Kolej Kemahiran Belia Nasional Pontian (KKBN Pontian) terletak di Pulai Sebatang, Ayer Baloi, Pontian, Johor.
Penubuhan IKBN Pontian pada awalnya dikenali sebagai Kem Latihan Kemahiran KOBENA dan Pusat Latihan Belia Skudai telah diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia ke-4 YAB Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad pada tahun 1982 di Skudai Johor dan telah diuruselia oleh pengurusan Koperasi Belia Nasional Berhad (KOBENA)
Pada tanggal 1 Julai 1999 Operasi Latihan IKBN Skudai Johor telah dipindahkan ke Pontian Johor atas sebab-sebab teknikal dengan mendapat sokongan penuh Kementerian Belia Dan Sukan, Malaysia sehingga ke hari ini.
Pada awal tahun 2003 secara rasminya IKBN Pontian telah di naik taraf sebagai KKBN Pontian.Operasi latihan dibawah naungan Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia telah memberi mandat sepenuhnya kepada kolej dalam mengurus Operasi Latihan Kemahiran.
Kontrak Pengurusan Operasi ini diperbaharui setiap tiga tahun sekali dengan menandatangani satu perjanjian pengurusan baru mengikut persetujuan pihak Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia dan KOBENA.
PENGURUSAN
Di terajui oleh Pengerusi KKBN Pontian , Dato’ Dr Jamaluddin Bin Abd Hamid yang dipertanggungjawabkan membangunkan KKBN Pontian.Pembangunan seawal tahun 2009 ini telah dibantu oleh Ahli Lembaga Pengarah KKBN yang dilantik khusus agar dapat merealisasikan visi dan misi Pengerusi KOBENA,Dato Hj Ibrahim B. Mat Din.
Di bawah pimpinan dan pengalaman Encik Rahmat B. Hitam sebagai Pengarah Kolej Kemahiran Belia Nasional Pontian bermula pada Jan 2009 dibantu oleh Puan Zunaidah Bt Abd Razak selaku Timbalan Pengarah Pentadbiran dan En, Abd Hamid B. Md Fadzal, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar, barisan Ketua Sekolah, Pegawai-Pegawai, Ketua Jurusan, Pengajar-Pengajar serta Khidmat sokongan telah bergabung dan mengembeling tenaga untuk melahirkan belia-belia yang berkemahiran di KKBN Pontian.
Bermula pada tahun 1999 hingga sekarang KKBN Pontian telah bertanggungjawab memberi latihan kemahiran dan pembangunan insan kepada seramai 5500 orang belia dari seluruh negara. Dari jumlah yang tersebut 748 orang pelajar merupakan tajaan Felda, sementara 2707 orang pelajar pula di bawah tajaan oleh Kementerian Belia Dan Sukan (KBS), manakala 1015 orang pelajar lagi terdiri daripada anak-anak peneroka Felda yang ditaja oleh KBS dan KKBN Pontian sendiri.
Diantara objektif KKBN Pontian adalah;
1) Melahirkan belia mahir di dalam berbagai bidang teknikal.
2) Memastikan belia-belia mahir menjadi tenaga kerja yang berperibadi mulia, berdisiplin, berdidikasi, berkualiti dan berinisintif sendiri di dalam memajukan diri sendiri selaras dengan globalisasi teknologi maklumat yang bersesuaian dengan permintaan industri
3) Memperkukuhkan jalinan kerjasama dengan sektor swasta ke arah memperluaskan praktikal dalam bidang industri
4) Melahirkan usahawan belia yang berjaya di dalam bidang kemahiran teknikal
PENGAMBILAN PELAJAR
Pengambilan bagi kemasukan ke KKBN Pontian dibuat 2 kali setahun iaitu pada bulan Januari dan Julai. Walaubagaimanapun bagi pelajar tajaan dari agensi lainnya, Ianya bergantung kepada pihak yang tersebut. Kumpulan sasar bagi memperolehi program yang disediakan oleh KKBN Pontian adalah:
1) Golongan belia-belia lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di seluruh negara.
2) Belia-belia yang mengganggur yang tiada pekerjaan
3) Pekerja industri yang mahu meningkatkan pengetahuan kemahiran ke peringkat yang lebih tinggi
4) Anak-anak ahli KOBENA dan masyarakat setempat yang berminat dan tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke Institusi Awam atau Swasta.
Dari skop latihan dan kemahiran, KKBN Pontian ini di barisi oleh tenaga pengajar yang berkemahiran, terlatih, berpengalaman dan berkemampuan. KKBN Pontian sentiasa berusaha untuk memastikan kejayaan pelatih-pelatih dalam setiap latihan.Di KKBN Pontian juga berusaha bagi menyediakan dan memenuhi infrastruktur serta kemudahan untuk melatih para belia agar mrempunyai pengetahuan dan ilmu dalam teknikal dan lain-lain aktiviti pembentukan sahsiah.
Di KKBN Pontian latihan diberi dalam bentuk teori dan amali. Semua latihan dilaksanakan di dalam kelas dan bengkel mengikut kesesuaian bidang kursus kemahiran. Modul/Noss bagi setiap latihan adalah mengikut dan mematuhi kehendak pentauliahan yang diterima dari pihak pertauliahan Malaysia atau Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Suruhanjaya Tenaga (ST) serta Jabatan Pembangunan Industri Binaan (CIDB).